Kenyataan Dasar Anti-Penggubahan Wang Haram


S.A.M. Trade komited dalam mematuhi Anti-Penggubahan Wang Haram sehingga ke standard tertinggi dan memerlukan pengurusan dan pekerja untuk berpegang teguh kepada standard-standard ini bagi mengelakkan penggunaan produk dan perkhidmatan kami bagi tujuan penggubahan wang haram. S.A.M. Trade akan sentiasa memeriksa strategi, matlamat dan objektif Anti-Penggubahan Wang Haram dan mengekalkan program Anti-Penggubahan Wang Haram yang berkesan untuk perniagaan firma yang menggambarkan amalan terbaik untuk broker kewangan global. Berpegang teguh kepada Program Anti-Penggubahan Wang Haram S.A.M. Trade adalah tanggungjawab semua pekerja. Program ini termasuk penapisan klien dan keperluan pengawasan, dasar "kenali pelanggan anda" (termasuk keperluan untuk mewujudkan identiti pemilik warisan). keperluan penyimpanan rekod, laporan keadaan mencurigakan mengikut undang-undang yang relevan, dan latihan AML.

Objektif

Standard yang dijelaskan dalam Program Anti Penggubahan Wang Haram Global S.A.M. Trade ("AML Program") adalah keperluan minimum berdasarkan kepada keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan dan digunakan untuk S.A.M. Trade. Keperluan ini bertujuan untuk menghalang S.A.M. Trade, pekerja dan klien kami daripada disalahgunakan untuk penggubahan wang haram, pembiayaan pengganas atau jenayah kewangan yang lain. Program AML menubuhkan rangka kerja am untuk menentang penggubahan wang haram dan pembiayaan pengganas.

Keterterapan

S.A.M. Trade mesti memastikan bahawa tugasan undang-undang hasil daripada peraturan yang ditetapkan dipenuhi oleh subsidiari bawahan kami dan ahli gabungan di seluruh dunia. Di mana-mana peraturan tempatan lebih tegas berbanding keperluan yang ditetapkan dalam program AML, semakin tegas standard perlu dikenakan. Jika sebarang undang-undang berkaitan bercanggah dengan Program AML, S.A.M. Trade mesti berunding dengan jabatan perundangan tempatan untuk menyelesaikan konflik tersebut. Jika keperluan minimum yang dijelaskan dalam Program AML tidak boleh digunakan di negara tertentu kerana permohonannya mungkin bertentangan undang-undang tempatan atau tidak boleh dikuatkuasakan akibat alasan perundangan yang lain, S.A.M. Trade mesti meyakinkan yang ia tidak akan digunakan:

  • masuk ke dalam perniagaan;
  • teruskan perniagaan atau;
  • melakukan sebarang transaksi. Jika hubungan perniagaan sudah sedia wujud di negara tersebut, S.A.M. Trade mesti meyakinkan bahawa hubungan perniagaan tersebut ditamatkan tanpa menghiraukan kewajipan kontrak atau perundangan.

Definisi Istilah Penggubahan Wang Haram

Penggubahan Wang Haram adalah pengenalan aset yang diterbitkan bentuk daripada aktiviti melanggar undang-undang dan jenayah (kesalahan predikat) ke dalam kewangan dan kitaran perniagaan yang sah. Contoh kesalahan-kesalahannya ialah pemalsuan wang, rompakan berlebih-lebihan, jenayah dadah dan penipuan, rasuah, jenayag terancang, atau keganasan dll. Kesalahan predikat untuk penggubahan wang haram ditakrifkan oleh undang-undang tempatan. Pada umumnya, proses penggubahan wang haram terdiri daripada tiga "tahap".

Peletakan: Pengenalan wang yang diperoleh secara tidak sah atau barangan bernilai lain ke dalam institusi kewangan atau bukan institusi kewangan.

Melapis: Mengasingkan hasil aktiviti jenayah daripada sumbernya menerusi penggunaan lapisan transaksi kewangan yang rumit. Lapisan-lapisan ini direka untuk menghalang jejak audit, menyembunyikan punca wang dan menyediakan ketanpanamaan.

Penyepaduan Meletakkan hasil penggubahan wang kembali ke dalam ekonomi dalam keadaan memasuki sistem kewangan sebagai wang sah. Secara umumnya, "tahap" ini tidak statik dan bertindan. Institusi kewangan mungkin menyalah guna pada bila-bila masa dalam proses penggubahan wang haram ini.

PENGURUSAN DAN KAWALAN RISIKO AML

S.A.M. Trade telah membangunkan Porgram AML berdasarkan keapda keperluan The Financial Task Force (FATF) yang menjelaskan rangka kerja langkah komprehensif dan konsisten untuk dilaksanakan bagi melawan penggubahan wang haeam dan pembiayaan keganasan serta pembiayaan penambahan senjata pemusnah. Program AML termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. Program Kaedah Penilaian Pelanggan termasuk pengecaman dan pengesahan klien, prinsip Kenali Klien Anda, dan melaksanakan pelbagai program yang sesuai dengan pemulihan kaedah penilaian pelanggan klien sedia ada.
  2. Langkah Kaedah Penilaian Pelanggan untuk hubungan perniagaan bukan bersemuka untuk mengajukan risiko tertentu.
  3. Pengendalian kaedah penilaian pelanggan yang dipertingkatkan dinilai sebagai risiko yang lebih tinggi seperti orang yang terdedah secara politik dan rakan rapat kepada orang yang terdedah secara politik.
  4. Menubuhkan sistem dan prosedur yang direka untuk mengawasi transaksi klien yang direka untuk mengenal pasti transaksi mencurigakan.
  5. Memastikan bahawa pekerja, ahli jawatankuasa pengurusan dan pengarah S.A.M. Trade dilatih secara tetap dan bersesuaian mengenai undang-undang dan peraturan AML/CFT, langkah kaedah penilaian pelanggan, mengesan dan melaporkan transaksi mencurigakan.
  6. Mewujudkan prosedur penapisan yang kuat bagi memastikan standard yang tinggi semasa mengambil pekerja, ahli jawatankuasa pengurusan dan pengarah.
KEPERLUAN MINIMUM

Klien prospektif yang berminat untuk mewujudkan hubungan perniagaan dengan S.A.M. Trade mesti tertakluk pada kawalan anti penggubahan wang haram dan langkah berikut bagi memastikan yang wang atau aset pelanggan bukanlah berpunca daripada urusniaga dadah, pengendalian jenayah atau pembiayaan keganasan.

Pengecaman dan Pengesahan Identiti Pelanggan: Sebelum memasuki urusan perniagaan dengan klien, S.A.M. Trade akan mengenal pasti klien menerusi perolehan maklumat wajib mengenai klien dan mengesahkan identiti mereka menggunakan sumber data bebas, dokumen atau maklumat yang boleh dipercayai.

Pengecaman dan Pengesahan Identiti Pelanggan: S.A.M. Trade akan ditanya mengenai kewujudan mana-mana pemilik warisan yang berkaitan dengan klien dan akan mengenal pasti pemilik warisan dan mengesahkan identiti pemilik warisan menggunakan maklumat atau data yang relevan yang diperoleh daripada sumber boleh dipercayai dan bebas.

Pengawasan Berterusan: Semua klien akan tertakluk kepada pengawasan berterusan yang termasuk pengendalian akaun klien dan meneliti transaksi yang dilakukan sepanjang urusan perniagaan. Transaksi yang dilakukan oleh klien mestilah konsisten dengan profail klien dan sumber kewangan.

Aktiviti Dilarang: S.A.M. Trade tidak akan menyimpan akaun tanpa nama, akaun dengan nama rekaan, akaun dengan dokumen yang diubah dan palsu.

Melaporkan Transaksi Terlarang: S.A.M. Trade harus menghantar laporan mengenai transaksi mencurigakan (termasuk transaksi percubaan) kepada pihak berkuasa tempatan yang relevan. Kumpulan Jabatan Anti Penggubahan Wang Haram akan dimaklumkan mengenai semua transaksi mencurigakan tersebut.

PENGEKALAN REKOD

Semua maklumat dan dokumen berkaitan klien, transaksi, fail akaun, surat-menyurat perniagaan, dan keputusan apa-apa analisis yang dijalankan haruslah dikekalkan selama minimum 10 tahun.

URUSAN PERNIAGAAN YANG DILARANG

S.A.M. Trade mesti menolak untuk mewujudkan urusan perniagaan atau menamatkan urusan sedia ada dengan klien jika S.A.M. Trade tidak dapat memastikan secara munasabah akan identiti sebenar klien dan/atau pemilik warisan, atau jika klien tidak rela atau berat hati untuk menyediakan sebarang maklumat atau dokumen yang diperlukan oleh S.A.M. Trade. Terutamnya firma tidak akan

  • Menerima wang yang diketahui atau disyaki adalah berpunca daripada aktiviti jenayah.
  • Memasuki/mengekalkan urusan perniagaan dengan individu atau entiti yang diketahui atau disyaki adalah pengganas atau organisasi jenayat atau ahlinya atau tersenarai dalam senarai sekatan.
  • Mewujudkan urusan dengan klien dari negara yang disekat atau dilarang.
  • Mewujudkan urusan dengan klien yang mengendalikan industri sensitif/berisiko tinggi/dilarang.

Analisis Risiko

S.A.M. Trade telah melaksanakan Analisis Rsiko AML bagi menilai tahap dedahan risiko dengan menimbang pelanggan firma, produk, perkhidmatan, entiti dan risiko lokasi geografi dan untuk membuat langkah keselamatan yang sesuai dari analisis ini. Perlindungan AML terbit daripada hasil Analisis Risiko AML.

Kawalan

Berpegang teguh kepada program AML di seluruh dunia perlu dikaji semula secara tetap bagi memastikan yang usaha firma berjaya. Oleh itu, pegawai AML di S.A.M. Trade bertanggungjawab untuk mengendalikan kawalan yang sesuai. Pegawai AML yang bertanggungjawab mesti memastikan, dengan melaksanakan kawalan berkaitan pelanggan dan perniagaan dengan cukup, semua keperluan AML yang berkaitan dipatuhi dan langkah keselamatan berfungsi dengan baik.

Program KYC

S.A.M. Trade telah melaksanakan program KYC yang ketat bagi memastikan semua jenis pelanggan (natural atau orang perundangan atau struktur perundangan) adalah tertakluk pada pengecaman yang cukup, rating risiko, dan langkah pengawasan. Program ini telah dilaksanakan di seluruh dunia. KYC termasuk bukan sahaja mengenali klien dan entiti yang berurusan dengan firma, atau memberikan perkhidmatan, tetapi juga Pemilik Warisan Utama (UBO), wakil perundangan dan penandatangan dibenarkan yang sesuai. Program ini termasuk keperluan pengecaman yang ketat, prosedur penapisan nama dan pengawasan berterus dan kajian semula semua urusan perniagaan sedia ada secara tetap. Perlindungan istimewa dilaksanakan untuk urusan perniagaan dengan orang yang terdedah secara politik dan klien dari negara atau industri yang dianggap berisiko tinggi.

Program Latihan

S.A.M. Trade telah melaksanakan program latihan AML yang komprehensif bagi memastikan semua staf, terutamanya individu yang bertanggungjawab kepada pemprosesan transaksi dan/atau memulakan dan/atau mewujudkan urusan perniagaan, menjalani latihan kesedaran AML. Latihan S.A.M. Trade dibuat mengikut perniagaannya bagi memastikan staf sedar akan corak dan teknik penggubahan wang haram yang berbeza yang boleh wujud dalam urusan perniagaan harian mereka. Latihan juga meliputi tugasan am yang muncul dari luaran (perundangan dan peraturan), keperluan dalaman dan hasil tugasan individu yang mana mesti berpegang teguh kepada urusniaga harian dan tipologi bagi mengecam penggubahan wang haram atau aktiviti jenayah kewangan.

Kebolehpercayaan Staf

S.A.M. Trade telah melaksanakan proses bagi memastikan yang hanya individu boleh dipercayai sahaja diambil bekerja.

UJIAN BEBAS

Patuh kepada keperluan program AML S.A.M. Trade adalah tertakluk kepada ujian bebas oleh fungsi Audit Dalaman S.A.M. Trade dan Auditor Luaran Semi - Tahunan.

Berdaganglah dengan kami sekarang!